Click here for Myspace Layouts

Setia DI Hati

HIDUP SATU ANUGERAH ..



hidup satu anugerah ?
kenapa perlu ana coretkan tajuk seperti diatas tu ? layak kah ana untuk mendominasikan tajuk tu ? hah , dah semestinya laa , sebagai manusia yang merangkap khalifah diatas muka bumi milik ALLAH , kadang kala ana alpa , leka , teruja dalam menjalani perjalanan kehidupan yang nyata banyak membawa berjuta episod suka mahupun duka ..

tapi ,, ada jugak tapi tu kan ? hehe ..
dalam alpa , masih ada kesedaran dan dalam keinsafan adakah lagi alpa ? itu yang menjadi soal minda ana sekarang .. urm agak susah nak di 'explain' kan di sini sebab sebagai insan yang nyata terang-terangan di kalamkan dalam AL-QURAN NULKARIM , manusia itu lupa .. insan , yup ! itu lah sebab apabila kita berada dalam kesulitan , pada siapa kita mengadu dan kembali ? rasanya , tidak perlu ana nyatakan kerana ana pasti jawapan yang akan ana terima , " sudah tentu lah hanya kepada ALLAH SWT .. " yup , betul dan tepat sekali !

sudah tentu , sebagai mukmin pasti itu lah yang menjadi jawapan hati kita .. alhamdulillah :)

tapi lain ceritanya pula apabila seseorang itu berada dalam kesenangan .. adakah ALLAH YANG MENJADI SANDARANNYA LAGI ? ya jika seseorang itu bersyukur dan tidak ingkar dengan hatinya bahawa ALLAH adalah pemilik alam , ALLAH pemilik segala-galanya ! SUBHANALLAH !
tapi , bagaimana dengan lagi satu golongan dimana , apabila nikmat dunia yang hanya pinjaman sementara itu menjadi santapan di dunia ini , mata dikaburi dengan pelbagai kemewahan , hati kufur padaNYA , adakah itu dipanggil bersyukur ? ingat pada ALLAH ? redha dengan rahmat yang dikurniakan ?

"ahh , begitu rumit percaturan hidup ini" ! ana pernah terfikir sedemikian .. YA ALLAH , batapa ruginya ana .. dalam masa itu , ana sudah lalai ! lalai dengan rahmat ALLAH ! betapa simpangnya ana ! NAUZUBILLAH ..

Sedangkan sudah dikatakan bahawa hidup ini satu perjalanan , perjalanan seorang musafir yang mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan agar sepanjang pengembaraan nanti , tidak terputus bekalannya ..

dari statement tersebut , apa yang dapat disimpulkan ? dalam sangat kah makna disebalik ayat-ayat tersebut ? biar ana simpulkan ya .. :)

manusia ,dianggap sebagai musafir .. bekalan yang dimaksudkan adalah amal , segala kebaikkan .. pengembaraan adalah episod kehidupan kita .. dan yang last , bekalan yang kita peroleh sepanjang pengembaraan sebagai musafir , biar lah dapat memberi manfaat kepada kita apabila kita dan sekalian makhluk sama-sama berkumpul di 'sana ' nanti .. ~ AMIN ~

begitu mudah kan ?

oleh itu , sesama ikhwanul muslimin , saling mengingati adalah dituntut agar sama-sama kita dapat merasa nikmat yang telah dijanjikanNYA kepada hamba yang sentiasa mengingatinya .. :) ~ SUBHANALLAH ! ~


~ menjadi yang terbaik antara yang terbaik untuk something yang baik tidak sukar , tanamkan azam dan berusaha lah .. setiap perbuatan yang baik , INSYAALLAH akan mendapat keredhaanNYA .. berjalanlah kamu dengan penuh rasa rendah dan sedekahkanlah sesuatu yang paling ringan dan yang tidak memberi bebanan kepada kita , senyuman ! ~

No comments: