jangankan lelaki biasa , Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . tanpa mereka , hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya . apa lagi yang tidak ada di syurga , namun Nabi Adam as tetap rindukan Siti Hawa .
kepada wanita lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri . dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki. tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus , tak mungkin mampu nak meluruskan mereka . tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus .
luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk ALLAH , kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH . didiklah mereka dengan panduan dari-NYA . jangan cuba jinakkan mereka dengan harta , nanti mereka semakin liar . jangan hiburkan mereka dengan kecantikan , nanti mereka semakin menderita . yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah . kenalkan mereka pada zat ALLAH yang kekal , disitulah suisnya .
akal setipis rambutnya , tebalkan dengan ilmu . hati serapuh kaca , kuatkan dengan iman . perasaan selembut sutera , hiasilah dengan akhlak . suburkanlah kerana dari situlah nanti meraka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan . akan terhibur dan bahagialah hati mereka , walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia , perdana menteri negara atau presiden atau 'women gladiator' . bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan . itu bukanlah diskriminasi Tuhan . sebaliknya , disitulah kasih sayang Tuhan , kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki .
wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan . tanpa ilmu , iman dan akhlak , mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan , bahkan mereka pula membengkokkan .
lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan dari perempuan yang dirosakkan oleh lelaki . sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki . itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan . mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apa lagi mengenal lelaki .
bila wanita derhaka , dunia lelaki akan huru-hara . bila tulang rusuk patah , maka rosaklah jantung , hati dan limpa . para lelaki jangan pula mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan . pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah , pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-NYA .
dekatkan diri dengan Allah , nescaya akan dekatlah segala-galanya dibawah pimpinan kita . jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah , kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali .
alhamdulillah , artikel kat atas ni , ana copy paste kan kat sini . moga yang baik dapat kita ambil dan fikir-fikir kan . wallahu'alam ..
maaf andai kata ada yang tersilap . kita hanya manusia yang diciptakan dari tanah , punya kelemahan dan kekurangan sendiri . bersyukur dan terimalah kelebihan mahupun kekurangan orang lain seadanya . wallahu'alam .
akhir coretan , terima kasih atas kesudian anda membaca coretan ana . :) have a nice day . selamat menjalani ibadah puasa .
*tinta untuk yang tersayang : terima kasih terima kasih terima kasih . ukhwah fillah . uhibbuka fillah . *
bakal imamku , cintai lah Pencipta mu sebelum melabuhkan cintamu pada ku ..MOHD AMEER SAFRIE BIN KAMAL ~
No comments:
Post a Comment