Pada suatu pagi di satu
sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang
secara am.
Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang
terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang
kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa
jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar
kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang
rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu
suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil
memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka
saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput
yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah
berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak
lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
CINTA TIDAK AKN DATANG TANPA DICARI TAPI SEKALI KITA SIA-SIA KAN NYA.....Hai,,alamatnya susah lah kita nak bertemu lagi dgn CINTA....
abg ngaku yg T bkn nya org pertama yg abg cari n jmpa tapi insyALLAH bag berjanju yg T adlah org yg terakhir yg akan buat kan ary2 yg mndtg dipenuhi dgn kasih sayang.....REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS OK
MADDI JANE
"PRICE TAG"
By:JESSIE J
Guiter:THOMAS DOEVE
*LAGU NI BEZ,,,,SILA LAH DGR YEW*
No comments:
Post a Comment